Buku Pelajar

Alyasameen adalah kursus Bahasa Arab umum tiga peringkat untuk orang dewasa. Ia meliputi tahap Permulaan hinggalah Pertengahan (A1, A2, B1).

Buku kerja

Buku Kerja mengandungi 15 unit yang menawarkan praktis tambahan untuk pelajar, melalui aktiviti pembelajaran sendiri dengan cara mempraktiskan semua bahasa yang diajar dalam Buku Pelajar - termasuk latihan sebutan dan ejaan.

Buku Guru

Kami menyediakan panduan guru secara percuma. Jika anda merupakan seorang penceramah Bahasa Arab asli yang profesional atau berpengetahuan tatabahasa asas Bahasa Arab, kami boleh membantu anda meningkatkan kemahiran berbahasa Arab anda dan seterusnya mengajar bahasa Arab moden kepada para pelajar menggunakan cara yang mudah.

Rayhanah

Kami menyediakan anda dengan buku nota permulaan Bahasa Arab, yang menggabungkan latihan penulisan huruf Arab beserta cara sebutan menggunakan perbendaharaan kata yang paling biasa . Amalkan kaligrafi Ruq'ah, sejenis tulisan yang paling mudah dan luas tersebar . Amalkan pembacaan dan penulisan lebih dari 116 perkataan menggunakan perbendaharaan kata Bahasa Arab yang paling asas .

Arab untuk pelancong

Alyasameen memperkenalkan "Travel Arabic". Ianya adalah buku panduan perjalanan yang secara julung kali, mengajar perkataan bahasa Arab dan frasa yang paling penting menggunakan teknologi realiti Tambahan dan Kod Maklum balas cepat (QR).

Huruf (Huruf Arab)

28 kad, setiap kad mengandungi 12 perkataan. Anda boleh mendengar sebutan yang betul bagi setiap perkataan menggunakan kod QR di belakang kad.

Kalimat (Perkataan Arab)

Ini adalah jenama terbitan Bahasa Arab yang mudah untuk di pelajari. Alyasameen telah mengenalpasti dan mengkategorikan perkataan yang paling asas serta yang paling penting. Kad di bahagikan kepada tiga peringkat (A1, A2, B1). Setiap peringkat mengandungi 80 kad , dan setiap kad mengandungi antara 9 hingga 18 perkataan. Ini bermakna, anda akan mempelajari lebih dari 1,000 perkataan yang penting pada setiap set .

Jumal (Ayat Bahasa Arab)

Jumal adalah permainan kad pendidikan terdiri daripada 60 kad. Terdapat kad yang mengandungi kata kerja, kad yang mengandungi kata nama, kad yang mengandungi kata sifat, dan kad yang mengandungi kata sendi. Tujuan permainan ini adalah untuk membentuk ayat-ayat menyertai kad bersama-sama mengikut warna anak panah setiap kad.

Abjad

Abjad adalah permainan kad pendidikan yang menyeronokkan terdiri dari 169 kad untuk latihan bahasa Arab anda. Anda boleh bermain permainan ini dengan rakan dalam tiga mod utama. Jika anda masih dalam peringkat permulaan, anda boleh bermain Abjad seperti permainan UNO untuk berseronok dan pada masa yang sama berlatih menggunakan perkataan Bahasa Arab. Jika anda memasuki peringkat pertengahan atau Lanjutan dalam Bahasa Arab, Abjad boleh di mainkan untuk membentuk kosa kata. Abjad terdiri daripada 149 kad huruf dan 20 kad tindakan.

Badiha

Badiha adalah kad permainan pendidikan yang menyeronokkan terdiri daripada 55 kad. Pilih mana-mana 2 kad, dan anda boleh terus bermain. Adakah anda cekap mengenalpasti? Ianya permainan yang mudah. Permainan itu boleh melibatkan antara perkataan dan gambar yang sama, pilihan dua gambar, atau pilihan dua perkataan . Terdapat empat cara untuk bermain Badiha. Anda boleh bermain Badiha di mana-mana sahaja, di dalam kelas mahupun di rumah. Ia bukan sekadar permainan pendidikan, malah amat menyeronokkan.

Saya ada... Siapa ada...?

Saya ada... Siapa ada...? adalah permainan kad pendidikan dalam kelas untuk latihan bahasa Arab. Permainan ini terdiri daripada tiga tahap. Setiap tahap mempunyai 40 kad, dan setiap kad mempunyai satu penyataan diikuti dengan satu soalan. Pelajar yang mempunyai jawapan, perlu mendengar soalan. Mereka menjawab soalan, dan kemudian membacakan soalan mereka, dan sebagainya.

Qulli (Katakanlah!)

Qulli terdiri daripada 93 kad perbualan Bahasa Arab untuk anda praktiskan dengan rakan-rakan. Setiap kad mengandungi perbualan - bermula dari soalan peribadi. Soalan-soalan di beri nombor bertujuan membantu anda mengenalpasti kad. Ianya disusun secara kasar mengikut tahap kesukaran. Kriteria utama untuk menentukan kesukaran adalah masa yang di ambil untuk memberikan jawapan.
Alyasameen
Arabic as foreign language

Contact

  • Phone:
    00971555911234
  • E-Mail:
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.