Hasil kerja unik yang memudahkan dan menimbulkan minat seseorang melalui penggunaan gambar yang amat menarik serta teknik yang amat berkualiti tinggi.
Saya telah melihat sebahagian dari siri Alyasameen, dan saya dapati banyak usaha telah dibuat untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Arab melalui penggunaan teknik pembelajaran aktif, sekaligus meningkatkan keberkesanan dan keseronokan sepanjang proses pembelajaran. Itu belum lagi menyentuh mengenai keunikan arahan dan pengeluaran siri ini.
Satu siri yang unik kerana perpustakaan Bahasa Arab kekurangan bahan sebegini. Penulis telah berusaha keras untuk menyediakan pelbagai peringkat bertujuan melengkapkan keperluan pelajar dari segi mempelajari kaedah membaca, menulis, mendengar, bercakap, dan berbual, di samping menyediakan mereka ujian penilaian dan permainan ulangkaji, Malah, turut di lengkapi dengan latihan yang menarik, seperti: mengisi tempat kosong, Padanan, perbandingan, dan Penyuaraan.
Saya telah membaca dalam buku Alyasameen, dan saya dapati ianya penuh dengan teknik ringkas dan kemudahan berbahasa Arab bagi mereka yang tidak fasih. Penulis telah membuatkan ianya mudah untuk di kuasai oleh seseorang yang belum fasih, justeru itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada penulis ,semoga usahanya di rahmati Tuhan dan tahniah untuk semua orang yang mahu belajar Bahasa suci Al-Quran.
Saya telah bekerja sebagai seorang guru di Institut bahasa Arab di Indonesia selama empat tahun, saya telah membaca banyak siri pembelajaran dan saya fikir buku Alyasmeen akan menjadikan kesemua buku lain jauh ketinggalan di belakang, justeru saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pengarang atas kejayaannya.
Gedung pembelajaran Bahasa Arab untuk bukan penutur sedang menyaksikan sebuah buku hebat dengan visual baru, audio, membaca, menulis, dan teknik pembelajaran interaktif, yang menjadikan pembelajaran Bahasa Arab- mmenyeronokkan , dan lebih kreatif dengan semua lukisan, warna, jadual serta permainan. Ia menzahirkan sisi budaya Arab, untuk dikaitkan untuk situasi seharian. Siri ini diterbitkan untuk pencinta bahasa Arab.
Buku ini tidak dibuat dengan usaha biasa, ia adalah satu penerbitan luar biasa yang menyampaikan Bahasa Arab secara kreatif yang menghiburkan mata, telinga, dan jiwa yang tidak bergantung kepada kaedah tradisional yang dikenali. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengarang yang kreatif serta seluruh pasukan penerbitan.
Siri Alyasameen dianggap sebagai gerbang masuk untuk pembelajaran Bahasa Arab- dengan kaedah baru dan menyeronokkan, yang turut menyediakan pelajar dengan pelbagai maklumat berkenaan negara-negara Arab yang berbeza serta budayanya. Setiap bab buku ini amat jelas dan sarat kandungan, yang membantu dalam proses pemahaman bahasa secara beransur-ansur.
Saya dapati banyak usaha di curahkan untuk buku ini, terutama dari segi kandungan dan rekabentuk kerana ia menggabungkan kaedah visual dan kuasa, serta bergantung kepada bentuk dan warna. Semoga Allah membantu anda dan membimbing anda untuk mencapai yang terbaik, serta memberi manafaat kepada Bahasa Arab dan mereka yang mahu mempelajarinya.
Satu hasil kerja yang hebat, dan usaha yang besar telah dibuat oleh penulis dengan pengeluaran buku ini, memandangkan ia memenuhi jurang yang jelas dalam pembelajaran bahasa kedua. Ia telah dilancarkan berasaskan pembacaan saintifik yang jelas, kerana dia telah menggunakan banyak teknik, sebagai contoh, gambar, cerita dan latihan. Satu tindakan yang hebat dalam usaha mempelajari sendiri belajar bahasa kedua.
Siri Alyasameen mengandungi mesej budaya , yang pastinya sedar akan matlamat budaya dan kemanusiaan sepanjang penyedian siri siri tersebut, mereka yang berminat untuk mempelajari bahasa kita, dengan kemudahan pembelajaran, kepuasan bercakap dan keupayaan untuk berkomunikasi dengannya. Betapa indahnya bahasa kita, mendekati pelajar dengan menyentuh jiwa mereka hingga ia tertanam di dalam fikiran dan budaya mereka.
Saya amat tertarik dengan buku ini dan kandungannya, yang mana cuba untuk memudahkan Bahasa Arab dan menanamkan cinta pelajar asing dengan cara yang membuktikan pengalaman mengajar yang lama. Kedua-dua buku mempunyai kandungan menarik yang jauh dari membosankan dan menggalakkan anda untuk belajar. Ia juga menghubungkan mata pelajaran dengan bahasa masakini (Internet), sebagai usaha tambahan menghubungkan pelajar dengan laman web Alyasameen, di samping kandungan audio, yang membuktikan usaha besar yang di jalankan oleh krew penerbitan.
Buku ini mempunyai apa yang kurikulum perlukan untuk tujuan ini: ketepatan, kejelasan, dan cara penyampaian yang mudah, serta membincangkan apa yang perlu untuk seseorang pelajar mengulangkaji pelajaran. Ucapan tahniah dari saya untuk pengarang atas usaha beliau, dan untuk para pelajar ,saya ucapkan selamat berjaya.