Qulli (Katakanlah)
Kad Classroom Permainandi Dalam Kelas
Untuk semua peringkat
Set 93 Kad
Qulli terdiri daripada 93 kad perbualan Bahasa Arab untuk anda praktiskan dengan rakan-rakan. Setiap kad mengandungi perbualan - bermula dari soalan peribadi. Soalan-soalan di beri nombor bertujuan membantu anda mengenalpasti kad. Ianya disusun secara kasar mengikut tahap kesukaran. Kriteria utama untuk menentukan kesukaran adalah masa yang di ambil untuk memberikan jawapan.
Terdapat tiga peringkat. Peringkat yang paling mudah bermula dengan kad nombor yang paling rendah. Kad boleh dicampur dan digunakan secara rawak atau berdasarkan tahap, mahupun mengikut citarasa anda.Semuanya terpulang kepada anda . Kami akan bekalkan 3 kad kosong,membolehkan anda atau guru anda boleh menulis soalan sendiri.
Uji kemahiran komunikasi anda dengan Qulli!