Buku Pelajar

Alyasameen adalah kursus Bahasa Arab umum tiga peringkat untuk orang dewasa. Ia meliputi tahap Permulaan hinggalah Pertengahan (A1, A2, B1) .
Alyasameen di bangunkan berdasarkan pendekatan komunikatif, ia menggunakan kaedah semasa yang terbaik dengan ciri-ciri inovatif baru yang direka untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah. Alyasameen menyediakan pelajar untuk kehidupan berasaskan bahasa Arab. Perbendaharaan kata dan tatabahasa adalah sama penting dan penekanan lebih kepada pendengaran dan pertuturan untuk situasi secara bersosial. Pelajar diberi banyak peluang untuk mempraktiskan bahasa baru melalui pelbagai aktiviti komunikatif. Alyasameen adalah serasi sepenuhnya dengan Rangka Kerja Bersama Eropah untuk Rujukan Bahasa dan memberikan pelajar peluang untuk menilai kemajuan mereka dari masa ke semasa. Buku Pelajar datang dengan akaun online percuma di Akademi iarabi agar pelajar boleh mendengar audio, menonton video, mengamalkan aktiviti ko malah berkomunikasi dengan guru-guru Bahasa Arab dan pelajar di seluruh dunia.
Muhammad Bahgat Kanafani
A1 - A2 - B1
ISBN: 978-9948-495-82-6

Unsur-unsur

DENGAR

Buku pelajar di lengkapi dengan hampir tiga jam sessi pendengaran. Hampir setiap teks dalam buku ini mempunyai fail audio , berujuan membolehkan anda mendengar sebutan yang betul bagi setiap perkataan. Anda boleh mendengar audio dari akaun anda di Akademi Alyasameen atau dengan menggunakan applikasi Blippar.

BACA

Kebanyakan teks dalam buku ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bacaan anda. Terdapat tiga jenis teks bacaan utama: Mendengar sebelum membaca, membaca sebelum mendengar, dan mendengar sambil membaca.

CAKAP

Kemahiran bercakap di terapkan untuk setiap murid. Dengan cara ini, setiap pelajar akan mempunyai kelapangan sendiri untuk menyatakan idea-idea mereka mengenai topik ini.

PENULISAN

Kemahiran menulis dalam bahasa Arab amat penting kerana Bahasa Arab mempunyai karekter sendiri. Latihan bertulis memberi penekanan kepada cara penulisan perkataan Bahasa Arab yang betul dan terbaik, di samping kaedah mudah untuk penulisan teks asas.

PERBUALAN

Mempraktiskan Bahasa merupakan faktor utama untuk penguasaan. Di Alyasameen kami menunjukkan kosa kata asas untuk situasi yang berlainan, bergantung kepada topik bahagian dan berapa banyak latihan berbeza untuk mempraktiskan topik dengan rakan-rakan anda.

LATIHAN

Ikon Latihan adalah ikon yang paling banyak digunakan dalam Alyasameen kerana kami menyediakan banyak latihan supaya anda boleh menguasai topik. Latihan sarat dengan pelbagai idea yang unik.

PERMAINAN

Pembelajaran bahasa baru kadang-kala boleh membosankan, justeru itu Alyasameen mengabungkan pembelajaran serius dengan keseronokan. Anda akan mendapati banyak permainan pendidikan yang berbeza di dalam buku-buku kami, jadi anda boleh belajar perkara-perkara yang sukar dengan mudah.

CONTOH

Anda akan melihat ikon contoh sebelum kebanyakan latihan, jadi anda boleh berpandukan contoh untuk menyelesaikan latihan atau memulakan perbualan.

TATABAHASA

Tatabahasa Arab amat mudah jika diperjelaskan dengan baik. Kami memperkenalkan tatabahasa asas dengan cara yang mudah. Anda akan mempelajari tatabahasa untuk situasi kehidupan seharian.

Tips

Seksyen tips akan memberikan anda tips yang penting bertujuan meningkatkan kemahiran Bahasa Arab anda di samping tips kebudayaan lain, bertujuan membolehkan anda lebih memahami adat dan tradisi Arab.

Permainan Kursus

Permainan Berkumpulan untuk mengkaji semula lima unit di setiap peringkat.

Peperiksaan Kursus

Setiap peringkat mempunyai satu peperiksaan akhir berdasarkan Rangka Kerja Bersama Eropah untuk Rujukan Bahasa. Secara total terdapat tiga jumlah peperiksaan dalam buku ini.
Alyasameen
Arabic as foreign language

Contact

  • Phone:
    00971555911234
  • E-Mail:
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.